Sunday, June 27, 2010

Top of Form
-------- Pilih Kisah Pengalaman --------Rumah Di Negara OrangKeunggulan Menyelam di SipadanKuantan - Destinasi Pelbagai TarikanBelaian LangkawiWarisan MelakaPulau Pinang MempesonaPusat Lindungan Haiwan SandakanSyurga PerhentianRimba Safari MalaysiaKembara ke MuluMendaki Gunung KinabaluPengembaraan di LangkawiKeseronokan Belayar Di LangkawiPesta Makanan Kuala LumpurPersinggahan di Kuala LumpurKeagungan Taman NegaraDiplomasi BersukanMalaysia MengagumkanPengembaraan Malaysia
Bottom of Form

Bill Boakes dan Nicolla Briggs, dua warga Inggeris dengan latar belakang di dalam bidang percetakan dan jualan, serta bebas dari sebarang tanggungan di UK, merasakan masanya telah tiba untuk mereka pergi ‘melihat dunia’. Mereka yang sememangnya gemarkan aktiviti menyelam, membuat keputusan bahawa lawatan percutian ke Asia Tenggara adalah ideal.Walau pun pada mulanya mereka hanya bercadang untuk singgah seketika di Malaysia dalam perjalanan kami menuju ke Thailand, lawatan mereka ke pulau di pantai barat, seperti ke Pulau Langkawi dan Pulau Pangkor meyakinkan mereka bahawa terdapat sesuatu yang menarik di negara ini. Bagaimanapun lawatan kami ke pantai timur dan Pulau Perhentian sebenarnya yang membuahkan pelbagai tapak selaman yang menarik pada harga yang murah, serta suasana hidup di pulau ini yang meyakinkan mereka bahawa Malaysia adalah rumah ‘rohani’ mereka. Hal ini hanya di pertingkatkan lagi setelah lawatan mereka ke Sabah dan pusat selaman terunggul, Pulau Sipadan.

Waktu percutian kami di Malaysia hampir berakhir, dan kami membuat keputusan untuk menamatkan percutian kami dengan lawatan ke Malaysia Timur untuk mencuba tapak-tapak selaman di sana. Pulau Sipadan, yang terkenal sebagai salah sebuah daripada lima tapak selaman yang paling hebat di dunia, diisytiharkan sebagai Taman Laut terlindung pada permulaan tahun 2005, dan oleh sebab ini, .. kami menemui pilihan tempat penginapan yang berlainan, di pelantar minyak yang telah diubah suai ...sesiapa sahaja yang datang ke sini untuk menyelam perlu mempertimbangkan semula pilihan tempat penginapan mereka. Sewaktu mencari maklumat menerusi internet, kami menemui pilihan tempat penginapan yang berlainan, di pelantar minyak yang telah diubah suai Sea Venture yang terletak berhampiran Pulau Mabul
Masa yang kami luangkan di Tawau terlalu pendek, tetapi setelah bermalam dengan selesa di sebuah hotel, kami dijemput tepat pada pukul 6.30 pagi untuk menaiki bot menuju ke pelantar tersebut. Walaupun pelantar tersebut hanya 1 km dari pulau Mabul, ianya kelihatan amat besar di kaki langit. Jika anda tertanya, bagaimanakah cara menaiki pelantar seperti ini, jawapannya mudah, anda hanya perlu naik ke platform yang terletak di bawah permukaan air laut dan platform kecil tersebut akan naik perlahan-lahan membawa anda ke atas pelantar. Cara yang baik untuk menaiki struktur yang yang menarik ini, dan cara yang baik juga untuk turun ke laut untuk menyelam di terumbu karang yang berhampiran di sini.
Mungkin dapat anda bayangkan, struktur ini yang pada asalnya di bina untuk kegunaan pekerja carigali minyak, adalah sempit dan ringkas. Tetapi kami dapati segala kemudahan di sini agak selesa dan memenuhi segala keperluan kami; ditambah dengan hidangan makanan di sini yang sangat lazat. Tapi tujuan kami ke sini ialah untuk menyelam, and itulah perkara yang kami lakukan.
Sipadan sebenarnya adalah sebuah pulau kecil berbentuk cendawan yang tebingnya menjunam tujuh ratus meter ke dasar laut
Berbeza sekali dengan pengalaman kami di Pulau Perhentian yang lebih senang dicapai dan tidak banyak kerumitan. Sipadan sebenarnya adalah sebuah pulau kecil berbentuk cendawan yang tebingnya menjunam tujuh ratus meter ke dasar laut. Perbezaan inilah yang mencipta keperluan teknikal selaman yang lebih rumit di sini, dan menyediakan tempat kediaman bagi segala hidupan laut yang pasti ingin anda lihat.


Sipadan mungkin tidak sesuai untuk penyelam baru mempelajari teknik selaman mereka; terdapat banyak tapak selaman lain yang sesuai untuk tujuan itu di Malaysia. Tetapi jika anda yakin dengan kebolehan anda, inilah tempat paling sesuai untuk anda mencuba kepakaran anda. Arus laut di sini kadang kala agak deras dan jarak penglihatan yang jauh memerlukan penyelam kerap memeriksa bacaan oksigen serta kelajuan arus laut. Sukar untuk dibayangkan pengalaman menyelam yang lebih menarik dari ini.
Tak kira sama ada anda ingin melihat ikan alu-alu berenang berkumpulan atau ikan jerung berenang perlahan; terdapat pelbagai pemandangan di sini yang membuat anda ingin menjerit kegembiraan.
Segala benda yang ingin kami lihat di dunia ini terdapat di sini – dengan banyak sekali jumlahnya. Tak kira sama ada anda ingin melihat ikan alu-alu berenang berkumpulan atau ikan jerung berenang perlahan; terdapat pelbagai pemandangan di sini yang membuat anda ingin menjerit kegembiraan. Tetapi adalah mustahil untuk menjerit ketika berada kira-kira 40 m di bawah permukaan laut! Bagi peminat nudibranch (sejenis ulat terumbu karang yang berwarna-warni), tempat ini adalah yang paling menarik untuk mereka. Satu-satunya masalah di sini ialah saya terpaksa sentiasa memerhatikan kamera dan alat penanda udara pada masa yang sama. Sebuah bekas kedap udara untuk kamera anda sangat disarankan.
Percutian menyelam tiga hari / dua malam kami berakhir terlalu pantas. Nicky dan saya sedar bahawa pengalaman ini, serta pengembaraan menyelam kami yang lain di Malaysia cukup menarik untuk menggoda kami untuk kembali semula ke sini. Tidak lama lagi!


Laman Korporat Penafian Hubungi Kami Pertanyaan Aduan Terma Penggunaan Peta Laman RSS










Hakcipta © 2009. Semua Hakcipta Terpelihara Tourism Malaysia, Talian Info Tourism - 1300 88 5050Tingkat 17, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, 45, Jln Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, MY







Kapas Island (Pulau Kapas)
Getting to Kapas Location Map Introduction Kapas Island abounds in numerous deserted, white sandy beaches lined with shady palm trees to make a perfect niche to laze on. Relaxation is the foremost occupation here. It offer a refreshing change from everyday haste.The island is just 4 nautical miles from Marang. It's is an ideal place to break away and chill it out. Kapas Island is made up of two islands Gem Island (Pulau Gemia) and Kapas Island. Kapas Island is about easy access, choices and plenty of bargain. Places to stay ranging from camping sites to dormitory to island resorts with en suite facilities. Only thing that never change on this island is the constant number of backpackers arriving and departing each day. July, August and the local holidays are the best times to go.An island famous for its clear waters, sandy white beaches and swaying palms, it is relatively isolated. Home to an infinite variety of hard and soft corals, the waters around the island abound with seashells, fish and turtles.The island's laid back atmosphere is ideal for relaxation but the more adventurous will find it is also a haven for swimming, snorkeling, windsurfing, kayaking, boating and fishing. Kapas has somehow become the refuge of those who refuse or could not join the Perhentian' crowd. The island is favorite with the local people in the very high season and the public holidays.Kapas Island offers a variety of adventures to the Sun and Sea lovers. The hidden sweats of nature's splendors both on land and below the sea. You could track into the island's interior and amazed at the colorful natural flora and fauna along the way. Explore the most varied marine life among the many coral reefs around the island. Snorkeling and underwater diving is popular along stretches of shallow coral reefs of the island's western shore.
TERENGGANU
Introduction
Location Map
Getting There
Major City Distance
Accommodation
Tour Package

Islands & Beaches
Bukit Keluang
Duyung Island
Gem Island
Kapas Island
Lang Tengah Island
Perhentian Island
Redang Island
Rantau Abang
Tenggol Island
Places of Interest
Bukit Puteri
Central Market
Chendering
Istana Maziah
Kenyir Lake
Kuala Terengganu
LA Hot Springs
Marang
Masjid Tengku Tengah Zaharah
Sekayu Waterfalls
Sungai Ceralak Waterfalls
Terengganu State Museum Complex


Food & Beverage

No comments:

Post a Comment